Bangunan - bangunan Yang Bersejarah Di Malaysia
Dari segi perkembangan sejarah negara, bangunan dan monumen lama dapat berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Ini adalah kerana segala peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan, menara jam dan kota dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajahi oleh pihak pendatang. Di Georgetown, Pulau Pinang, contohnya, terdapat berbagai bangunan kolonial dan monumen seperti Kota Cornwallis (1808), Masjid Kling (1801), Gereja St. George (1817), Muzium Negeri (1821) dan Menara Jam Victoria (1897) yang mana membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke 18.
(Gambar Bangunan Abdul Samad,Selangor)
Bangunan Sultan Abdul Samad bina bercirikan seni bina Moor direka bentu oleh arkitek British,Anthony C.Norman.Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter.Dibawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim-hakim dan pegawai –pegawai mahkamah.Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter.
Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun,menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit.Di sini tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Wilayah Persekutuan dikibarkan.Tanda ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.
Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu.Ia dirasmikan pada tahun 1896.
( Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad, Melaka)
Bangunan Stadhuys yang dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan contoh terbaik gaya senibina Belanda ketika itu.
Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.
Bangunan yang menggambarkan contoh terbaik senibina Belanda di zaman itu kini mengandungi Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi.Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu.
Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.
Batu Bersurat dijumpai di Padang Tara, di tepi Sungai Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang di Daerah Hulu Terengganu pada tahun 1887. Kemudian pada tahun 1902, Batu Bersurat ini dijumpai pula oleh Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buloh. Batu Bersurat ini dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surat dan patah sebahagian di sebelah atas.
Batu Bersurat ini ditulis dengan tulisan jawi bertarikh 702 hijrah. Tulisan pada batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang. Pada tahun 1923, Batu Bersurat ini dihantar ke Muzium Singapura sebagai pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat tersebut telah dibawa Ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Febuari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Terengganu.
Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi, suatu apacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Kerajaan Persekutuan diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail Bin Adam dan Kerajaan Negeri Terengganu diwakili YAB. Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.
Batu Bersurat ini merupakan sebuah peringatan yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-undang Islam.
Secara kesimpulannya, pemeliharaan bangunan bersejarah amat diperlukan supaya generasi muda dapat tahu tentang latar belakang penubuhan sesebuah negara .
Can you post it in chinese??
ReplyDelete