TEH SZE CHIN ( EL - J10 ) D20102044508 KAJIAN TEMPATAN TAHUN 6
Saturday, 3 December 2011
REFLEKSI PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
a) Sebelum
Sebelum menjalankan pengajaran makro , saya berasa amat risau tetapi selepas berbincang bersama rajan sejawat yang berpengalaman mereka telah memberi banyak idea dan tunjuk ajar kepada saya dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta cara- cara penyediaan alat bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang diajar untuk rakaman pengajaran makro.
b) Semasa
Walaupun saya tidak dapat menjalani rakaman pengajaran makro tepat pada masanya, tetapi kumpulan saya juga rerjaya untuk menyiapkan pengajaran makro ini dengan mengambil inisiatif sendiri iaitu merakamkan proses pengajaran makro di kelas dengan menggunakan kamera untuk merakam proses P & P saya.. Semasa proses pengajaran makro dijalankan tiada masalah yang berlaku cuma terdapat sedikit kekalutan akibat daripada perasaan gementar walaupun persediaan telah dibuat dengan rapi. Respon yang diberi oleh murid-murid agak baik dan mereka memberikan kerjasama 100%. Selain, semua kemahiran yang digunakan juga dapat dipraktikkan dan isi pengajaran serta objektif pengajaran juga turut tercapai walaupun terdapat sedikit kekeliruan.
c) Selepas
Selepas pengajaran makro dijalankan ,saya berasa kemahiran yang saya pilih itu bersesuaian dengan subjek dipilih..Saya juga sedar bahawa kaedah pengajaran yang pelbagai menimbulkan suasana pengajaran yang lebih berkesan dan afektif untuk pelajar. Kaedah pengajaran yang pelbagai juga dapat menarik minat pelajar dan menjadikan mereka begitu aktif dan bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka.
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran makro ialah ketegasan dan kelantangan suara saya. Suara yang lantang ini telah memudahkan anak murid saya mendengar dan seterusnya membantu pemahaman mereka terhadap apa yang telah saya sampaikan semasa P & P dijalankan dalam kelas. Anak murid saya telah memberi tumpuan dan fokus dengan sepenuhya semasa saya mengajar di hadapan kelas walaupun ada gangguan-gangguan di luar kelas.
Di samping itu, saya juga memnggunakan powerpoint sebagai alat bantu mengajar semasa P & P dijalankan dalam kelas. Kaedah ini telah berjaya menarik minat belajar mereka. Murid-murid saya giat melibatkan diri untuk menyertai aktiviti – aktiviti P & P yang dirancang . Anak murid saya juga amat berdisiplin semasa P & P dijalankan.
KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan.. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang saya gunakan untuk menjalankan langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan aktiviti P & P. Walau bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
PENAMBAHBAIKAN
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menepati ketetapan masa yang ditentukan dalam RPH. Bagi melancarkan P & P saya. Hal ini juga akan memudahkansaya untuk menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
Selain itu, Saya akan sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika P&P dijalankan. Kaedah pengajaran ini akan membantu saya dalam mengawa ldisiplin murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta –merta semasa P & P dijalankan dalam kelas.
Akhirnya , saya juga akan merancang pelbagai aktiviti P & P yang lebih menarik dan menyediakan pelbagai aktiviti serta alat bantu mengajar yang lebih kreatif untuk menarik dan memupuk minat belajar anak murid saya terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Saturday, 19 November 2011
MIKRO TEACHING BM 2 HIJAU 2011
Refleksi
Sebelum mengajar set induksi pengajaran penjodoh bilangan ini saya menggunakan payung dan epal lalu bertanya kepada murid tentang penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk kedua-dua objek yang saya paparkan. Dengan ini , mereka dapat imbas kembali tentang penjodoh bilangan yang pernah dibelajari dari tahun 1.
Selepas itu , saya memaparkan gambar kedua-dua objek tersebut lalu memanggil murid untuk membetulkan perkataan penjodoh bilangan yang sesuai dengan objek yang dipaparkan dalam papan hitam. Kemudian, saya akan mengemukakan topik yang akan diajar pada hari ini.
Selepas tamat pengajaran topik ini , saya berasa teknik penggunaan saya harus diperbaikan lagi seperti menggunakan powerpoint untuk memaparkan gambar supaya murid-murid akan berasa lebih seronok . Di samping itu , kemungkinan saya berasa cemas ketika merakamkan video ini telah menyebabkan suara saya ada sedikit gementar. Namum demikian, saya akan cuba membaiki kelemahan saya supaya dapat menyalurkan ilmu kepada anak didik saya dengan lebih berkesan .
Saturday, 12 November 2011
Thursday, 27 October 2011
BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA
TEH SZE CHIN D20102044508 ( EL-J10) KAJIAN TEMPATAN TAHUN 6
(Gambar Bangunan Abdul Samad,Selangor)
Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu.
Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.( Gambar Btu Bersurat ,Terengganu)
Pada tahun 1923, Batu Bersurat ini dihantar ke Muzium Singapura sebagai pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat tersebut telah dibawa Ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Febuari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Terengganu.
Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi, suatu apacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Kerajaan Persekutuan diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail Bin Adam dan Kerajaan Negeri Terengganu diwakili YAB. Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.
Batu Bersurat ini merupakan sebuah peringatan yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-undang Islam.
Secara kesimpulannya, pemeliharaan bangunan bersejarah amat diperlukan supaya generasi muda dapat tahu tentang latar belakang penubuhan sesebuah negara .
Bangunan - bangunan Yang Bersejarah Di Malaysia
Dari segi perkembangan sejarah negara, bangunan dan monumen lama dapat berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Ini adalah kerana segala peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan, menara jam dan kota dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajahi oleh pihak pendatang. Di Georgetown, Pulau Pinang, contohnya, terdapat berbagai bangunan kolonial dan monumen seperti Kota Cornwallis (1808), Masjid Kling (1801), Gereja St. George (1817), Muzium Negeri (1821) dan Menara Jam Victoria (1897) yang mana membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke 18.
(Gambar Bangunan Abdul Samad,Selangor)
Bangunan Sultan Abdul Samad bina bercirikan seni bina Moor direka bentu oleh arkitek British,Anthony C.Norman.Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter.Dibawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim-hakim dan pegawai –pegawai mahkamah.Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter.
Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun,menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit.Di sini tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Wilayah Persekutuan dikibarkan.Tanda ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.
Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu.Ia dirasmikan pada tahun 1896.
( Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad, Melaka)
Bangunan Stadhuys yang dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan contoh terbaik gaya senibina Belanda ketika itu.
Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.
Bangunan yang menggambarkan contoh terbaik senibina Belanda di zaman itu kini mengandungi Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi.Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu.
Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.
Batu Bersurat dijumpai di Padang Tara, di tepi Sungai Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang di Daerah Hulu Terengganu pada tahun 1887. Kemudian pada tahun 1902, Batu Bersurat ini dijumpai pula oleh Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buloh. Batu Bersurat ini dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surat dan patah sebahagian di sebelah atas.
Batu Bersurat ini ditulis dengan tulisan jawi bertarikh 702 hijrah. Tulisan pada batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang. Pada tahun 1923, Batu Bersurat ini dihantar ke Muzium Singapura sebagai pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat tersebut telah dibawa Ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Febuari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Terengganu.
Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi, suatu apacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Kerajaan Persekutuan diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail Bin Adam dan Kerajaan Negeri Terengganu diwakili YAB. Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.
Batu Bersurat ini merupakan sebuah peringatan yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-undang Islam.
Secara kesimpulannya, pemeliharaan bangunan bersejarah amat diperlukan supaya generasi muda dapat tahu tentang latar belakang penubuhan sesebuah negara .
Subscribe to:
Posts (Atom)