Saturday 3 December 2011

JALUR GEMILANG KEBANGGAAN RAKYAT MALAYSIA

JALUR GEMILANG

REFLEKSI PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

a)    Sebelum
Sebelum menjalankan pengajaran makro ,   saya berasa amat risau tetapi selepas berbincang bersama rajan sejawat yang berpengalaman  mereka telah memberi banyak idea dan tunjuk ajar kepada saya dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran  serta cara- cara penyediaan alat bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang diajar untuk rakaman pengajaran makro.

b)    Semasa
Walaupun saya  tidak dapat menjalani rakaman pengajaran makro tepat pada masanya, tetapi kumpulan saya  juga rerjaya  untuk menyiapkan pengajaran makro ini dengan mengambil inisiatif sendiri iaitu merakamkan proses pengajaran makro di kelas dengan menggunakan  kamera untuk merakam proses P & P saya.. Semasa proses pengajaran makro dijalankan tiada masalah yang berlaku cuma terdapat sedikit kekalutan akibat daripada perasaan gementar walaupun persediaan telah dibuat dengan rapi. Respon yang diberi oleh murid-murid  agak baik dan mereka memberikan kerjasama 100%. Selain, semua kemahiran yang digunakan juga dapat dipraktikkan dan isi pengajaran serta objektif pengajaran  juga turut tercapai walaupun terdapat sedikit kekeliruan.

c)    Selepas
Selepas pengajaran makro dijalankan ,saya berasa kemahiran yang saya pilih itu bersesuaian dengan subjek dipilih..Saya juga sedar bahawa kaedah pengajaran yang pelbagai menimbulkan suasana pengajaran yang lebih berkesan dan afektif untuk pelajar. Kaedah pengajaran yang pelbagai juga dapat menarik minat pelajar dan menjadikan mereka begitu aktif dan bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka.
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran makro ialah ketegasan dan kelantangan suara saya. Suara yang lantang ini  telah memudahkan anak murid saya mendengar  dan seterusnya membantu pemahaman mereka  terhadap apa yang telah saya sampaikan semasa P & P dijalankan dalam kelas. Anak murid saya telah memberi tumpuan dan fokus  dengan sepenuhya semasa saya mengajar di hadapan kelas walaupun ada gangguan-gangguan di luar kelas.
            Di samping itu, saya juga memnggunakan powerpoint sebagai alat bantu mengajar semasa P & P dijalankan dalam kelas. Kaedah ini telah berjaya menarik minat belajar mereka. Murid-murid saya giat melibatkan diri untuk menyertai aktiviti – aktiviti P & P yang dirancang . Anak murid saya juga amat berdisiplin semasa P & P dijalankan.
           
KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan.. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang saya gunakan untuk menjalankan langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan aktiviti P & P. Walau bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
           
PENAMBAHBAIKAN
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menepati ketetapan masa yang ditentukan dalam RPH. Bagi melancarkan P & P saya. Hal ini juga akan memudahkansaya untuk  menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
            Selain itu, Saya akan  sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika P&P dijalankan. Kaedah  pengajaran ini akan  membantu saya  dalam mengawa ldisiplin  murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta –merta semasa P & P dijalankan dalam kelas.
           Akhirnya , saya juga akan merancang pelbagai aktiviti P & P yang lebih menarik dan menyediakan pelbagai aktiviti serta alat bantu mengajar yang lebih kreatif untuk menarik dan memupuk minat belajar anak murid saya terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia.


RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

Rancangan Harian Bm Tahun 2